Allahyarham Dr Ahmad Atiq Abd Hamid,31,- Foto. Ikram
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bekas pelajar terbaik SPM 2003, Dr. Ahmad Atiq Abd. Hamid,
31, dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak pada malam tadi.
Memetik perutusan takziah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), pihaknya
melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang juga merupakan
Pengerusi Ikram Health Perak.
"Ikram mengucapkan takziah kepada isterinya, Dr. Mai Shahira Meor
Hazizi, kaum keluarga serta Ikram Perak atas kehilangan sebutir permata
yang amat bernilai ini," petik kenyataan Ikram.

Allahyarham Dr Ahmad Atiq Abd Hamid, 31, pernah menghiasi muka hadapan majalah Fokus.Foto. Sumber internet.
Difahamkan Jenazah allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Meru Raya, Ipoh Perak, hari ini.
Allahyarham yang telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, sebelum ini muncul pelajar terbaik SPM selepas memperoleh keputusan 15A pada tahun 2003.
Bapa kepada dua cahaya mata, graduan University of Nottingham ini merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar serta aktivis Ikram dan Ikram Health yang gigih menggerakkan dakwah dan tarbiah
No comments:
Post a Comment