Nurul
Faiza dan keluarga menerima kunjungan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sekolah Kebangsaan Kuala Krai (SKKK), Siti Azah A Moin (kanan)
untuk menyampaikan sumbangan Alumni SKKK di Sungai Pas.
(Ubah saiz teks)
KUALA KRAI - Pasangan suami isteri tidak menyangka bengkak pada betis
kanan anak sulongnya sejak Disember tahun lalu rupanya tanda awal remaja
itu menghidap kanser tulang.
Mohd Razali Mat, 40 dan isterinya, Roziana Abdul Rahman 37,pada mulanya
membawa anaknya, Nurul Faiza, 16,pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Mengkebang berubat secara tradisional kerana menganggap bengkak
berkenaan tidak merbahaya.
Bagaimanapun, dalam tempoh singkat bahagian tersebut makin membesar
sehingga gadis itu mula merasa sakit pada bahagian betisnya.
Mohd Razali berkata, dia kemudiannnya membawa anak sulungnya ke
Hospital Kuala Krai,setelah menjalani pemeriksaan doktor mengesahkannya
menghidap kanser tulang.
Menurutnya,dalam tempoh empat bulan bengkak betis Nurul Faiza makin membesar sehingga mencapai saiz paha orang dewasa.
"Sejak dari itu kami terpaksa berulang alik ke hospital terutamanya ke
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menjalani
rawatan.
"Setiap bulan saya perlu temani anak di hospital, jadi saya tidak dapat
bekerja dan hilang sumber rezeki,kebiasaannya selama seminggu kami di
hospital," katanya yang hanya menoreh getah penduduk kampung kepada
kepada Sinar Harian.
Bapa kepada lima anak ini berkata,dia bernasib baik kos rawatan
anaknya ditanggung insurans pelajar, bagaimanapun masih memerlukan
sumbangan untuk menguruskan Nurul Faiza termasuklah untuk menanggung
empat lagi anaknya yang mana tiga daripadanya masih bersekolah,
sementara isterinya suri rumah sepenuh masa.
Katanya, sejak Nurul Faiza perlu berulang alik ke HUSM,dia telah
menggunakan duit simpanan serta wang sumbangan orang ramai lebih
RM20,000.
Menurutnya, wang simpanannya makin berkurangan membuatkan dia memohon sumbangan untuk rawatan susulan anaknya di HUSM.
"Bulan lepas saya ada menghantar borang permohonan bantuan dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat, (JKM) sekarang kami sedang menunggu
keputusan.
"Sekiranya permohonan diluluskan, dapatkan kami gunakan untuk kegunaan setiap kali Nurul Faiza ditahan wad," katanya.
Menurutnya, Nurul Faiza yang tidak boleh bergerak terlalu banyak turut
memakai lebih kurang 100 keping lampin pakai buang setiap bulan.
Katanya,tahap kesihatan anaknya tidak menentu,doktor turut memaklumkan kuman telah merebak ke paru-paru Nurul Faiza.
Orang ramai berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Mohd Razali Mat, 0307 2021 1622 83.
No comments:
Post a Comment