Tuesday, September 19, 2017

Saksi terakhir RCI diwakili anak, tiada keterangan

FMT | September 19, 2017
Ishak Tadin merupakan ketua audit negara ketika Bank Negara mengalami kerugian urus niaga pertukaran wang asing tersebut.
Tan Sri Ishak Tadin tiba di RCI urus niaga mata wang BNM. Beliau bagaimanapun diwakili anaknya.
Tan Sri Ishak Tadin tiba di RCI urus niaga mata wang BNM. Beliau bagaimanapun diwakili anaknya.
PUTRAJAYA: Bekas ketua audit negara, Tan Sri Ishak Tadin yang menjadi saksi terakhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an hari ini diwakili anaknya, Rizal Ishak, disebabkan masalah kesihatan.

Nama Ishak yang juga saksi ke-25 siasatan RCI, sebelum ini pernah disebut seorang saksi, P. Kanason Pothinker.
Berucap di hadapan panel RCI, Rizal memaklumkan bapanya tidak berupaya untuk membuat keterangan kerana masalah kesihatan.
Beliau berkata bapanya menghadapi masalah mengingati semula apa yang berlaku 3 dekad lalu.

“Semua aktiviti semasa kerja tidak dapat diingat. Itu yang saya cadangkan kepada panel untuk tindakan lanjut,” kata Rizal ketika dipanggil pegawai pengendali RCI, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Sebelum ini, Kanason memberitahu panel RCI bahawa wujud “pihak atasan” mengarahkannnya tidak campur tangan dalam sebarang urusniaga tersebut.

No comments:

Post a Comment