Selangor gagal mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan
untuk mengekalkan keperluan SPR untuk tidak menyediakan kod lokaliti dan
nama lokaliti bagi 136,272 pengundi yang dimohon kerajaan negeri.
PUTRAJAYA:
Kerajaan negeri Selangor perlu meneruskan cabaran undang-undang
persempadanan semula kawasan pilihan rayanya tanpa maklumat 136,272
pengundi untuk 2 eksesais penyempadanan yang dijalankan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) pada 1994 dan 2003.
Kerajaan negeri juga tidak boleh membuat pemeriksaan balas terhadap
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berhubung afidavitnya yang
boleh digunakan sebagai keterangan dalam pendengaran semakan semula
kehakiman kerajaan negeri.
Ini berikutan kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kebenaran
Mahkamah Rayuan hari ini untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang
mengekalkan keperluan SPR untuk tidak menyediakan kod lokaliti dan nama
lokaliti bagi 136,272 pengundi yang dimohon kerajaan negeri dan untuk
pemeriksaan balas terhadap Mohd Hashim.
Dalam kes sivil, satu pihak perlu mendapat kebenaran Mahkamah
Persekutuan sebelum ia dapat meneruskan dengan rayuan. Kebenaran hanya
diberikan jika persoalan undang-undang itu baharu dan atas kepentingan
awam.
Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel 3
hakim Mahkamah Persekutuan berkata kerajaan negeri tidak boleh diberi
kebenaran untuk merayu berikutan kegagalannya memenuhi keperluan di
bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
“Kami mendapati tidak terdapat keadaan yang boleh memberikan
justifikasi bagi memberi kebenaran atas persoalan-persoalan (persoalan
undang-undang yang dicadangkan kerajaan negeri),” kata Hakim Raus.
Beliau berkata tiada isu-isu baharu yang timbul daripada cadangan kerajaan negeri mengenai 7 persoalan undang-undang.
Katanya, tiada pertikaian tentang apa yang diputuskan Mahkamah Tinggi
dan Mahkamah Rayuan kerana menghormati perkara interlokutori berhubung
penemuan dokumen dan untuk pemeriksaan balas pengerusi SPR.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan
Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri
Aziah Ali.
Kerajaan negeri memfailkan permohonan semakan semula kehakiman di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Oktober tahun lepas untuk
membatalkan notis SPR bagi persempadanan semula kawasan pilihan raya
bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan negeri memulakan semakan kehakiman pada 16 Disember tahun lepas.
Kerajaan negeri kemudian memfailkan permohonan penemuan bagi
mendapatkan 6 jenis maklumat bagi prosiding semakan kehakiman terhadap
SPR dan untuk pemeriksaan balas terhadap pengerusi SPR yang termasuk kod
lokaliti dan nama lokaliti pengundi.
Kerajaan negeri menjelaskan maklumat yang dicari memberi kesan
langsung kepada satu daripada alasan yang dinyatakan dalam semakan
kehakiman yang didakwa bahawa SPR menggunakan daftar pemilih yang cacat
dengan alamat yang hilang dalam eksesais penyempadanan.
Kecuali bagi maklumat tentang kod lokaliti dan nama-nama lokaliti
bagi 136,272 pengundi Selangor yang diberikan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada 9 Mac tahun ini, selebihnya maklumat dan usaha untuk
pemeriksaan balas pengerusi SPR yang dimohon kerajaan negeri Selangor
ditolak.
Pada 20 Julai tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan SPR.
Latheefa Koya, seorang daripada peguam bela yang mewakili kerajan
negeri berkata pengurusan kes akan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur esok berhubung semakan semula kehakiman kerajaan negeri.
FMT
No comments:
Post a Comment