Katanya, ia ekoran sudah terlalu banyak lambakan graduan yang menganggur.
"Bukannya mengubah mentaliti rakyat," katanya merujuk kepada
kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu mahasiswa
mengubah mentaliti makan gaji selepas tamat pengajian dan sebaliknya
menjadi usahawan yang mampu menawarkan pekerjaan kepada individu lain.
Najib dilaporkan berkata mahasiswa perlu mencabar diri untuk memilih bidang keusahawanan yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih bermakna.
"Najib yang patut ubah mentaliti untuk membantu rakyat terutama
golongan muda," kata Nik Nazmi yang juga ketua Angkatan Muda Keadilan
(AMK) dalam satu kenyataan.
Menurutnya, untuk menjadi seorang usahawan bukan sesuatu yang mudah untuk menjana pendapatan dalam keadaan ekonomi sekarang.
"Permasalahan yang sepatutnya difikirkan Najib adalah bagaimana
hendak mengurangkan masalah pengangguran di negara ini," tegasnya.
Sedangkan, kata Nik Nazmi, peniaga yang sudah bertapak lebih 30 tahun
juga masih merungut kerana pendapatan mereka semakin hari semakin
berkurangan, atas beberapa faktor, antaranya harga barangan mahal
termasuk barang basah seperti ayam, ikan, daging selain dikenakan GST.
"Bagi memulakan sesuatu perniagaan, sekurang-kurangnya mahasiswa
perlu bekerja makan gaji dahulu selama dua hingga lima tahun untuk
mengumpul modal perniagaan jika ingin menjadi usahawan.
"Tetapi keadaan itu akan lebih sukar kerana selepas tamat belajar
mereka terus dibebani hutang pinjaman pendidikan seperti PTPTN.
"Jadi bagi saya, agak sukar bagi mereka kerana hanya ada modal kecil," tambahnya.
Dengan keadaan kegawatan ekonomi negara dan pelaksanaan cukai GST,
kata Nik Nazmi lagi, sudah semestinya ia memberi kesan kepada rakyat
pada hari ini.
Beliau juga mengingatkan jangan mudah melabel 'mahasiwa manja'.
Kenyataan seperti ini itu, katanya, bukan sekadar mengelak isu
sebenar, malah melambangkan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin yang
menyalahkan rakyat atas kegagalan mereka mentadbir negara
Malaysiakini 21/10/17
No comments:
Post a Comment