Sunday, October 22, 2017

Bomba: Operasi menyelamat mangsa tanah runtuh dihenti sementara

 | October 21, 2017
Operasi dihentikan atas faktor keselamatan serta keadaan cuaca yang semakin gelap, kata ketua pengarah operasi.
Edwin-Galan-Teruki-bomba-penang-tanah-runtuh
GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini dihentikan sementara 8.00 malam tadi.

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Edwin Galan Teruki berkata operasi dihentikan atas faktor keselamatan serta keadaan cuaca yang semakin gelap.

“Kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kerana ia akan menyukarkan lagi operasi mengesan mangsa yang tertimbus. Bagaimanapun kita akan memulakan semula operasi mencari mangsa pada 8.00 pagi esok,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Edwin berkata Unit Pengesan K9 menemui satu topi keselamatan di kawasan runtuhan tanah yang dipercayai milik salah seorang mangsa.

“Pasukan K9 menemui topi itu pada 6.30 petang tadi dan tidak jauh dari lokasi mangsa ketiga ditemui, namun tiada mayat ditemui,” katanya.
Katanya pihaknya percaya kebanyakan mangsa berada berdekatan antara satu sama lain.

Dalam kejadian dilapor berlaku pada 8.57 pagi itu, 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah dengan 3 daripadanya ditemui mati setakat ini.

Kesemua mangsa terlibat dalam kejadian itu yang dikatakan berlaku dalam masa 1 minit terdiri daripada seorang rakyat Malaysia; seorang Pakistan; seorang Rohingya; 2 Indonesia dan 9 Bangladesh.

Dua mayat berjaya dikeluarkan setakat ini adalah rakyat Bangladesh dikenali sebagai Yunus dan Hossain manakala seorang lagi dari ethnik Rohingya dikenali sebagai Mamun. Ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang. FMT

1 comment:

  1. Alhamdulillah kami sekeluarga ucapkan banyak terima kasih kepada KI RONGGO LAWE atas bantuan KI RONGGO LAWE kami sudah bisa membayar semua hutang hutang kami yang menumpuk setinggi gunung kami juga sudah bisah buka usaha KI RONGGO LAWE, dulunya si saya ragu ragu dan kurang percaya yang namanya pesugihan uang gaib tapi mencoba dan alhamdulillah ternyata KI RONGGO LAWE benar - benar bisa menbantu saya dengan pesugihan uang gaib sekali lagi terima kasih KI RONGGO LAWE salam sukkses selalu.
    kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/WhatsApp : 0853-1403-1099, atau KLIK DISINI

    INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....
    KI RONGGO LAWE Tlp/WhatsApp : 0853-1403-1099, atau KLIK DISINI

    >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
    >PESUGIHAN UANG GAIB
    >PESUGIHAN JIN KHODAM
    >PESUGIHAN UANG ASMA
    >PESUGIHAN UANG SEPASANG
    >PESUGIHAN UANG BALIK
    >TRANSFER JANIN
    >PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
    >PESUGIHAN NIKAH JIN
    >PELARISAN DAGANG

    ReplyDelete