Gopal Sri Ram tidak bersetuju ahli perniagaan itu tidak menyalahi undang-undang negara.
PETALING
JAYA: Low Taek Jho, yang dikaitkan dengan 1MDB, sudah melakukan
sekurang-kurangnya 4 kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, kata seorang
bekas hakim.
“Berdasarkan fakta tidak seberapa daripada dokumen yang didedahkan di
ruang awam, jelas beliau sudah melakukan sekurang-kurangnya 4
kesalahan,” kata Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Beliau menjawab bekas menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul
Aziz yang berkata pendakwaraya hanya boleh bertindak terhadap ahli
perniagaan itu, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, sekiranya beliau
menyalahi undang-undang negara.
“Saya mahu tahu apakah kesalahan yang sudah beliau lakukan di
Malaysia,” kata Nazri ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan, yang
mengatakan tiada kes terhadap Jho Low di Malaysia.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa
seluruh dunia tahu mengenai Jho Low dan kesalahan yang didakwa dilakukan
ahli perniagaan itu tetapi Malaysia pula tidak.
“Semua kesalahan ini, jika ada dilakukan, dilakukan di luar negara.
Biar kerajaan berkenaan dan pihak berkuasa mereka ambil tindakan
terhadap beliau,” kata Nazri kepada pemberita di Shah Alam.
Sri Ram berkata Jho Low sudah melakukan pecah amanah ke atas harta yang diamanahkan kepada beliau.
Kedua, Jho Low boleh didakwa kerena menipu, katanya.
“Beliau juga boleh berdepan pendakwaan kerana berkomplot untuk
melakukan pecah amanah dan bersubahat dalam pecah amanah,” tambahnya.
Sri Ram tidak bersetuju dengan Nazri mengenai pendapat Jho Low tidak melakukan sebarang kesalahan dalam negara.
“Polis berhak memburu beliau sebagai seorang pelarian dari
undang-undang dan bersetuju dengan tindakan yang diambil polis seperti
yang didedahkan timbalan perdana menteri di Dewan Rakyat pada Selesa,”
katanya.
Low, kedudukannya masih tidak diketahui, menafikn dakwaan yang
dilemparkan terhadapnya berkaitan skandal 1MDB yang menyaksikan dana
berbilion ringgit didakwa disalurkan oleh beberapa individu.
No comments:
Post a Comment