Friday, October 27, 2017

Shafie bebas dengan ikat jamin RM100,000

Sinar
Shafie
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan hari ini setelah direman tujuh hari. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA KINABALU - Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan hari ini setelah direman tujuh hari.
Ahli Parlimen Semporna itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin tempatan dan RM80,000 deposit.

Perintah pembebasan Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dibuat oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwanya, Faliq Basiruddin.

Sebelum itu, Shafie tiba di mahkamah dengan berpakaian biasa kira-kira 9.30 pagi disambut laungan 'bebaskan Shafie' daripada penyokongnya yang berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

No comments:

Post a Comment