PBB
NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
memberi amaran tentang mimpi buruk kemanusiaan di kem pelarian Rohingya
di sempadan Bangladesh, yang kini melindungi lebih setengah juta etnik
minoriti tersebut.
Ketua Pejabat Program Makanan Sedunia PBB di Cox's Bazar, Karim
Elguindi menyifatkan kemasukan besar-besaran pelarian Rohingya sebagai
menyedihkan.
"Pelarian terus datang dan kami tidak mempunyai ruang yang cukup di kem
sedia ada untuk menampung mereka. Saya tidak tahu berapa ramai Rohingya
masih berada di Myanmar tetapi ramai lagi sedang menuju ke Bangladesh,"
katanya.
Sementara itu, pakar kesihatan dan sanitasi antarabangsa percaya
keadaan kem yang sesak mampu mencetuskan bencana kesihatan skala penuh,
selain boleh menyebabkan penyebaran penyakit seperti kolera dan
cirit-birit, lapor Press TV.
No comments:
Post a Comment