PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beberapa khabar gembira
dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018
yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini.
“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman
tertentu,” kata Najib yang juga menteri kewangan pada Majlis Amanat
Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di sini hari ini.
Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat
awam yang menghadiri acara tahunan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC).
Pada acara itu, perdana menteri menyampaikan amanat kepada anggota
perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat
persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.
No comments:
Post a Comment