PETALING
JAYA: Datuk Zaid Ibrahim berkata semua pemimpin PAS bakal hilang
deposit mereka sekiranya menjadi calon pada pilihan raya umum akan
datang kerana rakyat mual melihat telatah golongan yang mengaku warak
tetapi sebenarnya bersifat kebendaaan.
“Pengundi benci akan ‘orang warak’ yang menunjuk-nunjuk harta dan
berlagak seperti pemimpin Umno,” kata bekas menteri yang kini bersama
DAP itu dalam penulisan terbaharu di blognya.
“Rakyat akan menolak mereka yang berpura-pura berjuang demi Islam,
tetapi sebenarnya hanya gemar membuat duit. Mereka ini akan dihukum.”
Zaid berkata beliau tidak percaya dengan kenyataan berkali-kali
pemimpin PAS yang menafikan pernah menerima sumbangan kewangan daripada
Umno.
Menurutnya, sekiranya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak boleh
memberikan dana kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga
Umno bahagian, beliau juga boleh menyumbang kepada PAS sebagai membalas
segala sokongan yang ditunjukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Zaid merujuk kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan ketika
berucap di perhimpunan dianjurkan parti itu di Kuala Nerus, Terengganu
hujung minggu lalu yang menafikan dakwaan PAS menerima dana daripada
Najib bagi menganjurkan aktivitinya.
“Ini pemimpin PAS yang sama yang pernah berkata jangan jadikan
hubungan PAS dan Umno sebagai isu kerana kedua-dua parti melakukan kerja
Tuhan. Kalau benar, mengapa marah apabila berdepan tuduhan mereka
berkongsi tabung sama?” soal Zaid.
Zaid berkata sehingga kini, PAS masih belum mengambil tindakan
undang-undang terhadap mereka yang mendakwa parti itu menerima wang
Umno.
Beliau memberi contoh tuduhan pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin
Amanah, Datuk Husam Musa yang masih belum disusuli dengan tindakan
saman.
Zaid berkata dakwaan PAS berjuang demi Islam adalah sesuatu yang akan dibongkar oleh pengundi pada pilihan raya akan datang.
“Tidak cukup mengatakan anda berjuang untuk Islam. Kamu tahu anda
dikelilingi ular, lebih-lebih lagi apabila bunyi desis semakin kuat,”
katanya.
No comments:
Post a Comment