Tuesday, October 17, 2017

Kerjasama Umno-Khalid untuk tukar MB Selangor, dakwa Noh Omar

 | October 17, 2017
Noh Omar berkata demikian selepas Khalid Ibrahim berkata huluran kerjasama kepada 3 bekas menteri besar dari Umno bukan untuk pilihan raya.PETALING JAYA: Tan Sri Noh Omar hari ini mendakwa bekas menteri PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu bekerjasama dengan 3 bekas menteri besar Umno bagi memastikan Datuk Seri Azmin Ali tidak menjadi menteri besar pada penggal akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu rkata demikian selepas Khalidsemalam berkata beliau berhasrat untuk menyertai BN, dan mahu bekerjasama dengan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo dalam isu berkepentingan rakyat seperti penstrukturan semula industri air negeri.
“Kita memang sudah tahu Khalid nak kerjasama dengan kita. Kita pun tak paksa. Tetapi apa dia nak bantu, dia nak pastikan menteri besar yang ada masa ini tidak jadi menteri besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPR Lembah Subang 1.
Dakwaan itu timbul selepas Muhamad Taib,Abu Hassan dan Dr Khir Toyo diumumkan bergabung untuk membantu kempen BN menawan kembali Selangor, yang ditadbir gabungan pembangkang nasional sejak 2008.
Khalid semalam berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14, dan huluran kerjasama itu bukan untuk pilihan raya.
Adun Pelabuhan Klang itu berkata perjuangan mengatasi parti politik, dan sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk membawa isu berkepentingan rakyat.
Khalid menyertai PKR pada 2000 dan menjadi menteri besar Selangor selepas Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada PRU 12, 2008.
Khalid meletakkan jawatan menteri besar pada 26 Ogos 2014 dalam krisis kepimpinan negeri itu, selepas dipecat dari PKR kerana melanggar arahan parti untuk membuka laluan kepada presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selepas disingkirkan daripada pejabat menteri besar, Khalid dilihat sering menyertai himpunan anjuran PAS, termasuk himpunan Fastaqim 2.0 yang berlangsung di Terengganu, bulan lalu.  FMT

1 comment:

  1. ape le... ni bekas ketuai menteri juge bekas ahli pkr AKI akan hilang kerusi dia kat pru14 nanti....

    ReplyDelete