Sunday, October 8, 2017

Ku Li yakin lawan 3 penjuru baik, rakyat tolak PAS

 | October 8, 2017
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata persaingan 3 penjuru akan membolehkan pengundi di Kelantan memilih wakil rakyat daripada parti yang boleh membantu mereka.
razaleigh-pas
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap pertembungan 3 penjuru pada Pilihan Raya Uum ke-14 (PRU-14) di Kelantan sebagai 1 perkembangan yang baik.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata persaingan 3 penjuru akan membolehkan pengundi di Kelantan memilih wakil rakyat daripada parti yang boleh membantu mereka.

Dipetik BH Online, Tengku Razaleigh yakin rakyat Kelantan akan menolak parti lain termasuk PAS yang tidak membawa perubahan terhadap taraf hidup rakyat walaupun sudah lama memerintah negeri ini.
PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

“Rakyat Kelantan mungkin beralih sokongan kepada Umno yang bersedia membawa perubahan,” kata beliau selepas merasmikan Himpunan Usahawan Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati di Gua Musang, hari ini.

Ketika diminta mengulas kemungkinan kerjasama di antara Umno dan PAS, Tengku Razaleigh berkata, setakat ini belum ada cadangan bagi tujuan itu dan peringkat bawahan Umno juga mungkin menolak kerjasama terbabit.
“Tak ada cadangan nak bergabung dengan PAS. Saya juga tak fikir peringkat bawahan bersetuju berbuat demikian,” katanya.

Beliau juga tidak mahu ‘pisang berbuah 2 kali’ jika kerjasama politik dijalin di antara Umno dan PAS di Kelantan pada PRU14.
Sehubungan itu, bekas menteri kewangan ini mahu kepemimpinan Umno mengkaji dahulu perkara terbabit kerana sejarah di Kelantan sudah membuktikan perjuangan kedua-dua parti berkenaan tidak sama.

2 comments:

  1. Benderapoker Menyelenggarakan Hot Promo Bulanan.
    Dalam 1 bulan dapatkanlah TO yang Sebesar-besarnya, semakin besar TO anda Semakin Banyak Bonus yang anda Dapatkan
    TO 1 Juta - 100 Juta Free 0,1%
    TO 100 Juta - 500 Juta Free 0,2%
    TO 500 Juta - 2 Milliar Free 0,3%

    INFO LENGKAP :

    >> http://goo.gl/XNDyTo <<

    BBM : D1FB4EC6
    LINE : benderapoker
    WA : 0962071913
    WECHAT: BENDERAPOKER

    Support 6 bank

    #benderapoker #pokeronline #cemekeliling #capsasusun #livepoker #domino99 #pokerindonesia #agenpoker

    ReplyDelete
  2. Bosen ?, Daripada mikirin yang gajelas bagusan gabung dengan kami di.........................



    Benderapoker Menyelenggarakan Hot Promo Bulanan.
    Dalam 1 bulan dapatkanlah TO yang Sebesar-besarnya, semakin besar TO anda Semakin Banyak Bonus yang anda Dapatkan
    TO 1 Juta - 100 Juta Free 0,1%
    TO 100 Juta - 500 Juta Free 0,2%
    TO 500 Juta - 2 Milliar Free 0,3%

    INFO LENGKAP :

    >> http://goo.gl/XNDyTo <<

    BBM : D1FB4EC6
    LINE : benderapoker
    WA : 0962071913
    WECHAT: BENDERAPOKER

    Support 6 bank

    #benderapoker #pokeronline #cemekeliling #capsasusun #livepoker #domino99 #pokerindonesia #agenpoker

    ReplyDelete