Malaysiakini 2/10/17
ULASAN I Saya perhatikan para
penyokong AMANAH adalah para pemberontak di desa dan kampung. Mereka
mendakwa diri sebagai reformis atau sang mujaddid dalam masyarakat,
tetapi hakikat yang dilihat adalah jauh sekali.
Mereka sebenarnya memberontak terhadap usaha reformasi dan islah yang
sedang bergerak secara harmoni di kampung dan desa. Ia digerakkan oleh
PAS dan sudah pun berlaku sejak sekian lama.
Kerana sifat gopoh dan bersikap 'profesor google', mereka merasakan
ia proses yang amat lambat. Bagi mereka, hari kiamat bila-bila masa akan
berlaku di Malaysia, tetapi tidak di Amerika dan Barat.
Ajaran
mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak
mereka. Mereka kekejangan melihat PAS yang 'kool' berhadapan 'The
Apocalypse' ciptaan DAP itu.
Mereka memberontak terhadap PAS dan seni dakwahnya. Di Kelantan,
sebahagian besar mereka sudah pun lama tersisih daripada menjadi jentera
PAS. Mereka ini lancang sekali mulut mengkritik dan mendakwa.
Bagi mereka, seorang sahaja yang betul iaitu Tok Guru Nik Aziz.
Sehari dua ni mereka jumpa seorang lagi iaitu Tun Mahathir Mohamad.
Entah dadah 'flakka' apa yang DAP bagi makan sampai otak jatuh ke
lutut. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu. Uhh
mengerikan..
Sebanyak
360 sendi-sendi ciptaan Allah dalam tubuh mereka telah membengkak
diserang gout, lalu menjadi kaku dan tak boleh digerakkan dengan
sempurna lagi.
Van mayat DAP
Kanak-kanak di kampung menamakan mereka 'Zombi Kampung Pisang'. Menarik ditonton awalnya, tapi lama-lama membosankan.
Saya lihat di kampung dan desa, mereka terpencil kerana asyik
berkempen menjual 'sumbu' bagi menghadapi 'The Last Days' of Malaysia
itu.
DAP 'The Saviour' pula akan segera datang membawa cahaya baru
bersinar-sinar buat Malaysia yang terhasil daripada percikan neon-neon
malam pesta arak di seluruh negara.
Sebahagian ahli AMANAH datang dari IKRAM yang dianggap dedalu dalam sejarah gerakan Islam Malaysia.
Hubung
kait bekas ahli PAS dengan ahli IKRAM ini adalah sama. Mereka mendakwa
pakar dalam 'fiqh al waqi' al Malizi' dan seni 'tanzil al nushus' di
Malaysia.
Kedua-dua mereka mendakwa PAS gagal kerana tidak memahami aspirasi
rakyat Malaysia yang sebenar. Begitulah mereka seia sekata sehati
sejiwa.
Selamat bertempurlah. Van-van mayat DAP sedang menunggu tu.
Matlamat hancurkan PAS
Antara matlamat besar AMANAH sebelum melangkah ke Putrajaya ialah
menghancurkan PAS. Mereka menyambung cita-cita Umno yang telah pun lama
berkubur sejak zaman Tun Mahathir.
Betul-betul mereka ini telah menjadi anak butir taik Tun Mahathir. Mereka menunggu dan terus menunggu.
Itu pungguk merindukan bulan namanya. Akhirnya, bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah.
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ ialah anggota Jawatankuasa Pusat PAS merangkap anggota parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Rencana ini dimuatkan di Facebook beliau dan merupakan pandangan
peribadi penulis. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi
Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment