Monday, October 9, 2017

Pelajar sekolah dapat dadah hanya RM5

Pelajar sekolah dapat dadah hanya RM5
Nur Jazlan di Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Kali ke- 43 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
(Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU - Bekalan dadah dijual dengan harga serendah RM5 dikalangan pelajar sekolah dan penuntut universiti di negara ini terlibat dengan dadah moden jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS) seperti ekstasi dan amphetamin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penggunaan dadah ATS dikesan menjadi pilihan baharu menggantikan dadah tradisional seperti ganja, heroin dan morfin di kawasan panas termasuk di kawasan perkampungan nelayan dan tanah rancangan Felda.

Jazlan yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berkata, kebiasaannya pelajar ini menggunakan dadah sintetik dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia itu untuk menghadapi peperiksaan kerana tidak persiapan secukupnya bagi menghadapinya.

"Dadah ATS dikesan tinggi penggunaannya di kawasan rumah mampu milik terutama di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Begitu juga tinggi penggunaannya di Kedah, Perlis dan Kelantan manakala kes dadah paling tinggi di kawasan Felda adalah di Pahang.

"Bagi pelajar sekolah atau penuntut universiti pula biasanya menggunakan dadah ATS untuk menghadapi peperiksaan disebabkan tidak melakukan persediaan, mereka mengambil dadah itu supaya dapat bertahan semasa mengulang kaji pada saat akhir," katanya selepas Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Kali ke- 43 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Mengikut data, Jazlan berkata terdapat trend peningkatan kes dikalangan pelajar dikesan iaitu 1983 orang pada 2015 berbanding 1662 tahun sebelumnya.
Pengunaan ATS ini mengusai 73 peratus diikiuti kanabis (19.20%) dan lain-lain 8 peratus.

Mengikut rekod pada 2015, seramai 35 675 pelajar telah menjalani ujian saringan penyalahgunaan dadah iaitu 1475 orang dikesan positif.

No comments:

Post a Comment