Wednesday, October 18, 2017

‘Tak benar Bellew letak jawatan kerana campur tangan Khazanah’

 | October 18, 2017
Khazanah Nasional Bhd berkata, Lembaga Pengarah dan pengurusan Malaysia Airlines mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah selaku pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula.
Peter-Bellew-Khazanah-Nasional-Bhd-masKUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menyifatkan artikel sebuah akhbar harian yang ia campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.

Khazanah dalam satu kenyataan berkata, artikel bertajuk “Khazanah meddling led to Bellew exit?” yang disiarkan pada 17 Oktober lalu merupakan spekulasi dan berdasarkan sumber tidak dinamakan.
“Ia salah dan mengelirukan,” kata Khazanah.

Menurutnya, Lembaga Pengarah dan pengurusan Malaysia Airlines mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah, sebagai pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula itu.
“Secara kolektifnya, kami bekerjasama rapat bagi menjayakan penstrukturan semula itu sehingga hari ini,” katanya.

Khazanah juga menjelaskan tiada pegawai Khazanah dihubungi untuk memberi ulasan sebelum penyiaran artikel spekulatif terbabit.
Cabang pelaburan kerajaan itu berkata, ia mematuhi rangka kerja kelulusan dan tadbir urus digariskan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan MAS yang dikeluarkan pada 29 Ogos 2014 dan Akta 2015 Malaysian. FMT

No comments:

Post a Comment