Monday, October 23, 2017

Tendang datuk saudara elak dirogol

 | October 23, 2017
Lelaki itu tidak sempat meneruskan perbuatan terkutuknya apabila ditendang kanak-kanak berkenaan.
rape 
SIBU: Seorang kanak-kanak 13 tahun terselamat daripada dirogol selepas menendang pelakunya iaitu datuk saudaranya sendiri di rumahnya di Sungai Bidut petang semalam.
Setelah ditendang, lelaki berusia 55 tahun itu terjatuh, lantas bangun dan melarikan diri.

“Kejadian berlaku apabila suspek datang ke rumah mangsa semasa ibu mangsa keluar membeli barangan keperluan. Suspek yang biasa datang ke rumah mangsa bila ada kelapangan, bertindak memasuki bilik tidur mangsa dan mengunci pintu bilik,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailanni Amit hari ini.
Beliau berkata lelaki itu tidak sempat meneruskan perbuatan terkutuknya apabila ditendang kanak-kanak berkenaan.

Mangsa kemudiannya memberitahu kejadian tersebut kepada ibunya, katanya.
Beliau berkata suspek ditahan di sebuah kuarters pekerja kilang kayu di Jalan Empawah malam tadi dan kini direman sehingga 30 Oktober untuk membantu siasatan bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

FMT

No comments:

Post a Comment