Saturday, November 18, 2017

Ayah kejam pukul bayi menangis sampai mati

Sinar, 17 November 2017

Ayah kejam pukul bayi menangis sampai mati
George Gazzam. - Foto Polis daerah Allegheny
 
PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT. Polis menahan seorang lelaki yang dituduh membunuh anak perempuannya yang berumur empat bulan.
Menurut laporan CBS News, George Gazzam, 30, menipu pihak berkuasa dengan mengatakan anaknya maut akibat jatuh dari katil pada Ahad.

Pembedahan autopsi mendapati mangsa, Victoria Gazzam mengalami pendarahan otak, salur darah terkoyak, buang pinggang kiri terkoyak, salur darah hati bocor, tiga tulang rusuk retak, pelbagai lebam di bahagian belakang badan dan kepada dan pendarahan di bahagian mata.

Koroner, James told Allegheny mengatakan adalah mustahil seorang bayi jatuh dari ketinggian dua kaki akan mengalami kecederaah parah sedemikian.
Polis yang kemudian diberitahu oleh tertuduh yang mangsa ditumbuk berulang kali kerana mangsa tidak berhenti menangis  dan 'cerewet'.

Ketika kejadian berlaku, ibu mangsa sedang bekerja.
George berhadapan tuduhan membunuh dan membahayakan nyawa kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment