Kumpulan hak asasi melancarkan kempen mendesak pihak
berkuasa Switzerland menyerahkan wang kepada rakyat biasa dan bukan
kepada kerajaan.
PETALING
JAYA: Bersih 2.0, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4) dan 110 NGO
tempatan lain hari ini melancarkan kempen mendesak kerajaan Switzerland
memulangkan 104 juta Swiss francs (RM433 juta) kepada “rakyat biasa” di
Malaysia.
Dana yang dikaitkan dengan pelaburan 1MDB itu dirampas daripada
bank-bank di Switzerland oleh pihak berkuasa negara itu yang menyiasat
dakwaan pengubahan wang.
“Kami mahu rakyat tahu mengenai wang itu dan kami boleh dapatkannya
semula. Walaupun hanya dapat 50% wang itu, ia dianggap satu kejayaan,”
kata Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel.
Beliau menambah kumpulan itu memohon kerajaan Switzerland bekerjasama
dengan yayasan bebas untuk menyalurkan wang itu kepada rakyat, dan
bukan kepada kerajaan.
Kempen dilancarkan pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi
Bersh 2.0 Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasa pemandu Bersih
Global, Ivy Josiah.
Menurut Josiah, undang-undang Switzerland membenarkan pihak terkilan atau negara mendapatkan semula wang itu.
“Undang-undang Switzerland membenarkan pihak terkilan atau negara
mendapatkan semula wang yang diubah, bagi menambahbaik kehidupan rakyat
di negara asal.
“Ini memberikan ruang kepada kami untuk menuntut semula wang kita dan
diserahkan kepada rakyat,” katanya, dan menambah mereka sudah
menghantar surat kepada kerajaan Switzerland berhubung perkara itu dan
sedang menunggu respon mereka.
Maria berkata wang itu tidak boleh dipulangkan kepada kerajaan Malaysia kerana mangsa sebenar adalah rakyat.
“Mereka bukan ‘mangsa’ 1MDB tetapi sebaliknya didakwa terlibat dalam
perkara itu,” katanya menyeru siasatan ke atas 1MDB tidak dihentikan.
Ketika ditanya sama ada kumpulan itu sedia melalui usaha mengambil
semula dana itu yang mungkin mengambil masa bertahun, Maria berkat
mereka bersedia.
“Kita tidak boleh benarkan wang kita begitu sahaja dan sebab itu kita cuba lakukan sesuatu sekarang ini,” katanya.
Peguam Negara Switzerland Michael Lauber pada April dilaporkan
berkata ada kemajuan dalam siasatan ke atas 1MDB walaupun pihak berkuasa
Malaysia enggan bekerjasama.
“Masih ada harapan,” katanya menurut laporan Reuters.
No comments:
Post a Comment