Friday, November 10, 2017

Bila peminat lebih teruja jumpa idol daripada Melania

Sinar, 9 November 2017

Bila peminat lebih teruja jumpa idol
APA yang anda lakukan bila dapat bertemu dengan 'wanita pertama' Amerika Syarikat, Melania Trump namun lebih teruja melihat idol kesayangan di sebelahnya?

Satu video berdurasi 37 saat tular di media sosial apabila sekumpulan pelajar sekolah menengah berpeluang bertemu dengan Melania di atas pentas semasa kempen 'Girls Play 2" di Seoul baru-baru ini lapor Koreaboo.
Bagaimanapun, pelajar tersebut kelihatan natural dan bersikap bersahaja apabila berbicara dengan Melania.
Sehinggalah rakannya menunjukkan idol yang berada di sebelah Melania membuatkan pelajar tersebut tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.
Idol tersebut tidak lain tidak bukan adalah ahli kumpulan Shinee, Choi Min-ho. Situasi tersebut membuatkan Melania kelihatan keliru.

Min-ho bagaimanapun cuba membuatkan keadaan tidak janggal dengan memberikan senyuman pada Melania dan melayan peminatnya itu.
Maaf Melania, tiada siapa dapat lawan populariti idol di Korea Selatan, walaupun anda seorang wanita pertama di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment