Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong
cadangan penubuhan suruhanjaya pendidikan negara yang dapat menghentikan
perubahan dasar dalam bidang itu apabila berlakunya pertukaran menteri.
"Saya amat menyokong jika suruhanjaya ini mahu ditubuhkan, agar segala dasar (pendidikan) ditentukan suruhanjaya.
"Dasar pendidikan negara dan dasar yang berkaitan dengannya, jangan berubaha apabila menterinya berubah.
"Murid kita bukan bahan uji kaji, mereka adalah aset negara," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ke-63 di Kelana Jaya, hari ini.
Perubahan dasar dan pendekatan merupakan isu yang sering disuarakan berkenaan pendidikan.
Antara perubahan yang berlaku adalah pada 2009, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi menteri pendidikan ketika itu memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicetuskan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri pada 2003.
Dengan tertubuhnya suruhanjaya itu, kata Zahid lagi, menteri pendidikan dan pengajian tinggi perlu mematuhi setiap dasar yang ditetapkannya.
Namun Zahid menjelaskan beliau tidak menyalahkan mahupun mengkritik mana-mana menteri yang pernah memegang portfolio itu.
"Saya memuji pencapaian menteri pendidikan (Datuk Seri Mahdzir Khalid) dan menteri pengajian tinggi (Datuk Seri Idris Jusoh.
"Tetapi (pendidikan) akan terus dimantapkan apabila adanya suruhanjaya ini," katanya lagi.
Cadangan itu disuarakan Presiden GPMS Zambri Mohd Isa dalam ucapan pembukaan sebelumnya.

This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete