Wednesday, November 29, 2017

'Kenapa buku teks Sepanyol untuk pelajar Malaysia?'

Malaysiakini 29/11/17

Anggota parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan buku teks import Pulse 2 bagi mata pelajaran bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1.

Katanya, buku teks itu tidak sesuai kerana sebenarnya direka untuk pelajar-pelajar Sepanyol.

Latihan dalam buku itu, kata wakil rakyat DAP itu, antaranya meminta pelajar menterjemahkan perkataan Sepanyol ke bahasa Inggeris, dan sebaliknya.
“Macamm ana budak-budak Malaysia nak tahu. Saya pun tak boleh jawab.
“Rujukan sebegini sukar difahami, guna bahasa Sepanyol tidak sesuai dengan murid Malaysia,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Semakan Malaysiakini di muka surat 8 buku itu mendapati, terdapat soalan yang bertanyakan perkataan Sepanyol untuk “poster” dan dan maksud “lapiz” (pensil) dalam bahasa Inggeris

No comments:

Post a Comment