Kunan berkata kenyataannya sengaja diputarbelitkan pihak tertentu untuk melaga-lagakan beliau dengan UiTM.
KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membuat
permohonan maaf atas kenyataan “slow learner” terhadap pelajar
Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mencetuskan kemarahan alumni
universiti tersebut dan orang ramai.
Setiausaha Agung Umno itu memohon maaf atas “keceluparan” itu dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Saya nak minta maaf kalau saya mengguris hati siapa-siapa yang rasa
terguris,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan Persatuan
Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) Mohd Zaini Hassan di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC).
“Saya harap sudah-sudahlah dan tidak perlulah kita nak bising-bising
lagi kerana saya sedar dan tahu saya kadang-kadang mulut celupar. Jadi
mulut celupar ini perlu hati-hati,” tambahnya.
Tengku Adnaan bagaimanapun berkata kenyataannya itu diputarbelitkan
pihak tertentu untuk melaga-lagakan beliau dengan UiTM dan para pelajar.
Beliau menjelaskan, niatnya hanya untuk memberi kesedaran dan
motivasi kepada pelajar dan rakyat bahawa kerajaan yang telah memerintah
selama 60 tahun ini banyak berjaya.
“Saya nak maklumkan, saya sendiri, keluarga saya sebenarnya dapat
manfaat daripada UiTM. UiTM adalah satu institusi yang dibangunkan oleh
kerajaan kita untuk membantu kepada warga Melayu,” katanya.
Tengku Adnan membuat kenyataan ‘slow learner’ itu ketika berucap di majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Ahad lalu.
“Anda dapat masuk universiti, kalau ‘slow learner’ (boleh) masuk
UiTm. Kadang kala kalau tak dapat markah (secukupnya), markah akan
diturunkan agar anda boleh masuk universiti.
“Ada kala kalau tak boleh masuk (universiti) di Malaysia, kita hantar
ke luar negara. (Bila) Balik, tunjuk pandai dan marah Umno,” katanya.
FMT
No comments:
Post a Comment