Saturday, November 18, 2017

Lelaki Ini Bunuh Isteri Kerana Enggan Melayaninya

  18 November 2017

https: img-z.okeinfo.net content 2017 11 18 18 1816370 ditolak-berhubungan-badan-pria-ini-bunuh-istri-yang-telah-dinikahi-selama-10-tahun-E4BhbogQ0e.jpg 
Gambar hiasan (Foto: Strait Times)

NEW DELHI - Seorang lelaki di India   membunuh isterinya sendiri hanya kerana masalah kecil. Lelaki berusia 35 tahun yang tinggal di Negara   Haryana, India Utara itu membunuh   isterinya yang telah ia kahwini selama satu dekade kerana menolak ajakan untuk berhubungan badan. 

Lelaki itu,  Sanjiv Kumar  diketahui membunuh sang isteri dengan cara mencekiknya hingga kehabisan nafas. Insiden pembunuhan itu tepatnya terjadi si sebuah desa di dekat Kota Jyotisar di Daerah Kurukshetra. The Times of India melaporkan, isteri Kumar yang bernama Suman telah menolak ajakan berhubungan badan lebih dari satu kali.

"Tertuduh mengatakan yang isterinya telah menolak berhubungan badan untuk sementaa waktu. Tapi pelaku kembali meminta hal tersebut dan kembali ditolak. Ia kesal dan kemudian mencekik isterinya," ujar seorang anggota polis , Ramesh Jaglan sebagaimana dikutip dari Strait Times, Sabtu (18/11/2017). 

Pasangan ini diketahui telah memiliki 2 orang anak dari pernikahan mereka. Sementara itu, Daily Mail melaporkan yang Suman menolak untuk berhubungan seksual dengan suaminya kerana dia  mengalami gejala penyakit demam berdarah.

India adalah salah satu negara dengan tingkat kes kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) dan perempuan tertinggi di dunia. Hampir dalam setiap 5 minit sekali, Polis India menerima laporan tentang kes kekerasan terhadap perempuan maupun KDRT. Namun, para aktivis menilai kes kekerasan di India jumlahnya lebih banyak dari yang dilaporkan mengingat banyak korban yang memilih tidak melapor. 

Pada 2005, India telah memperkenalkan undang-undang baru untuk melindungi perempuan dari kekerasan dalam rumah tangga. Namun undang-undang ini dinilai gagal memperbaiki situasi kerana kes yang dilaporkan kerap ditangani polis  kerana dinilai bukan satu tindakan jenayah. Salah satu yang tak dihitung sebagai KDRT adalah pemaksaan hubungan seksual antara suami-isteri.

No comments:

Post a Comment