Thursday, November 23, 2017

Muka 'pecah', air liur meleleh, kini jadi kacak . Tudiaaa !

Muka 'pecah', air liur meleleh jadi kacak ala Kpop
Foto sumber Asiawire/ Let Me In Thailand
SERING mengasingkan diri, makan menyendiri tanpa teman, ditambah pula dengan keadaan rahangnya yang senget menyebabkan air liurnya meleleh, mukanya pula penuh dengan jerawat, jeragat dan berminyak.
Selain itu, keadaan rahang Noppajit Monlin, 22, menyebabkan beliau sukar mengunyah.

Pekerja kilang berkenaan kemudian ditawar program 'make over' dalam rancangan popular Thailand, 'Let Me In Thailand'.
Noppajit dilaporkan menjalani pembedahan rahang, dahi dan kelopak mata selain disuntik oleh botox pada kelenjar air liurnya.

Selain itu, kulit Noppajit dirawat dengan 'cemerlang' dan beliau kini berkulit cerah.
Menurut Dailymail, perubahan penampilan Noppajit yang terlalu drastik menyebabkan ibunya menangis dan mengambil masa lama untuk mengecam anaknya.

Melalui sebuah rakaman, ibu Noppajit berjaya mengecam anaknya berdasarkan  parut Noppajit yang tidak berubah.
Kata Noppajit, beliau rasa lebih yakin berbanding sebelum menjalani pembedahan.
"Sebelum ini, orang kata muka saya tak normal dan masyarakat tidak terima saya. Sekarang saya ada ramai kawan," kata Noppajit

No comments:

Post a Comment