Sabtu 11 November 2017
Gambar hiasan: Okezone
CHENNAI – Siapa yang tidak menginginkan
tubuh yang proposional. Semua orang khususnya wanita, akan melakukan
segala hal agar mendapatkan tubuh yang ideal. Terkadang, berani
mengambil risiko tinggi agar mencapai apa yang diinginkan. Seperti kes
berikut.
Seorang wanita asal Singapura berusia 35 tahun menjalani operasi
sedut lemak di negara India selatan, Tamil Nadu. Namun beberapa
jam setelah menjalani operasi, ia meninggal kerana serangan jantung pada
Khamis 9 November.
Wanita itu, Alicia Medanin Khan dirawat di Rumah
Sakit S R Multi Specialty Hospital di Arumbakkam, ibu kota Chennai,
sejak Rabu 8 November pagi untuk menghilangkan beberapa kilogram dari
berat badannya yang mencapai 85 kg.
Menurut suaminya, Vijayakumar, seorang pengusaha di Singapura, ia
dilarang melihat isterinya setelah dibedah oleh doktor yang mengatakan
bahwa dia menderita komplikasi.
Vijayakumar mengatakan bahwa dia diberitahu pada Khamis 9 November
pukul 1.30 pagi bahawa isterinya telah meninggal kerana serangan jantung
dan doktor menolak permintaannya untuk nyatakan perincian kondisinya. Jasadnya
kemudian dibedah siasat.
"Kami menyelesaikan operasi pada pukul 17.30 pada Rabu dan wanita
tersebut dipindahkan ke bangsal pascaoperasi di bawah pengawasan
petugas perubatan. Setelah hampir enam jam, dia meninggal kerana serangan
jantung," kata pihak yang bertanggung jawab rumah sakit, dilansir Straits News, Sabtu (11/11/2017).
Vijayakumar lalu membuat laporan polis atas
tindakan para doktor dan pengurusan rumah sakit kerana tidak
mengungkapkan kesihatan isterinya sebelum dan sesudah dibedah . Ia pun
merasa bahawa isterinya meninggal akibat kelalaian doktor. Polis telah
mendaftarkan kes tersebut sebagai kematian tidak wajar.
"Kami akan mengubah kes ini dan memasukkan para doktor dan
pengurusan hospital rumah sakit jika laporan bedahsiasat mengesahkan kematian
kerana kelalaian hospital," kata seorang penyiasat polis .
No comments:
Post a Comment