Guan
Eng (tengah), Kon Yeow dan Maimunah bersama kakitangan MBPP yang
menjayakan Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit bahagian pulau di Balai
Rakyat Jalan Patani, hari ini.
(Ubah saiz teks)
GEORGETOWN- Kerajaan Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang membantu negeri itu yang dilanda banjir teruk minggu lalu.
Penghargaan turut ditujukan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali kerana sanggup turun padang dalam melancarkan misi
bantuan terhadap mangsa banjir.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Mohamed Azmin
merupakan sahabat yang baik kerana sentiasa bersamanya ketika susah dan
senang.
“Inilah kawan yang baik, kawan selama-lamanya. Lebih mengharukan,
beliau sendiri turun padang dan mengetuai pasukan bantuan yang terdiri
daripada 300 orang.
"Beliau juga mendermakan wang bantuan sehingga RM1.5 juta,” katanya
kepada pemberita ketika menghadiri Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit
bahagian pulau di Balai Rakyat Jalan Patani, di sini hari ini.
Turut serta, Datuk Bandar Majlid Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk
Maimunah Sharif dan Exco Kerajaan Tempatan dan Tebatan Banjir, Chow Kon
Yeow.
Dalam pada itu, Guan Eng turut memuji sikap Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sanggup turun padang ke negeri ini dalam
misi bantuan banjir.
“Terima kasih kepada Menteri Besar Perak kerana beliau datang sendiri
untuk sama-sama bantu mangsa banjir. Beliau juga menghantar
beratus-ratus sukarelawan untuk bantu Pulau Pinang.
“Walaupun berbeza fahaman politik, namun demi membantu mangsa banjir,
beliau sanggup datang. Saya mewakili Kerajaan Pulau Pinang amat
menghargai usaha beliau itu.
"Saya juga berterima kasih kepada kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT)
dari negeri lain, badan bukan kerajaan, orang awam dan penduduk
tempatan," katanya.
No comments:
Post a Comment