Kertas siasatan dihantar pada 17 dan 30 Oktober dan
kini pihaknya dalam proses menghantar semula laporan terbaharu kepada
pihak peguam negara.

Fuzi
menunjukkan kemahiran beliau menembak menggunakan peluru hidup ketika
melawat UTK Cheras sambil disaksikan pegawai kanan polis.
KUALA LUMPUR: Polis sudah 2 kali menghantar kertas siasatan kepada
pihak Jabatan Peguam Negara berhubung siasatan ke atas video yang
mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan seorang wanita.
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata kertas siasatan
dihantar pada 17 dan 30 Oktober dan kini pihaknya dalam proses
menghantar semula laporan terbaharu kepada pihak peguam negara.
“Kita dapat balik (kertas siasatan daripada Jabatan Peguam Negara)
banyak tindakan-tindakan susulan yang kita perlu ambil sebelum kita
hantar kertas siasatan kepada peguam negara,” katanya pada sidang media
sempena lawatan kerja Ketua Polis Negara ke Unit Tindakan Khas (UTK)
Cheras hari ini.
Ketika ditanya sama ada polis sudah merakam percakapan Dzulkifli, Fuzi berkata semua tindakan yang perlu sudah diambil.
“Kita semua sudah ambil tindakan jadi jangan bimbang,” katanya.
Fuzi mengumumkan polis membuka siasatan terhadap video itu 13 Oktober lalu.
Sebelum ini pembangkang mendesak Dzulkifli membuat penjelasan,
dikenakam tindakan tatatertib atau meletak jawatan berhubung dakwaan
video itu.
Menjawab skandal itu, Dzulkifli sebelum ini berkata serangan itu
dibuat kerana kempen agresif SPRM terhadap individu yang terbabit rasuah
dan salah guna kuasa.
“Taktik kotor ini bertujuan untuk mencemarkan imej saya dan reputasi
sebagai pesuruhjaya SPRM dan menjatuhkan kredibiliti SPRM dalam
menjalankan tugas kami memastikan negara kita bebas rasuah dan salah
guna kuasa,” katanya
VIDEO
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment