Timbalan perdana menteri tahu ahli politik mana yang bekerja keras dan yang malas.
VIDEO INSIDE
KUALA
LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
memberitahu parti komponen BN bahawa beliau tahu ahli politik mana yang
bekerja keras untuk parti ketika pilihan raya umum ke-14 semakin dekat.
“Jangkaan saya, pilihan raya tidak lebih daripada 180 hari lagi.
Kalau ada yang kata pilihan raya lebih daripada 180 hari, saya fikir
orang tu berada di luar kepompong realiti,” katanya pada persidangan
perwakilan Gerakan kebangsaan ke-46 di ibu pejabat Gerakan hari ini.
Presiden Gerakan Mah Siew Keong dan pimpinan parti komponen BN lain daripada Umno, MIC, MCA dan MyPPP turut hadir.
Zahid berkata tarikh sebenar pilihan raya hanya akan diumumkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila jentera pilihan raya
bersedia.
Zahid menambah beliau juga tahu ahli politik mana yang bekerja keras untuk parti.
“Saya tahu siapa yang bekerja keras dan siapa yang tak bekerja keras.
- “Saya tahu siapa yang melobi untuk jadi calon walaupun mereka malas. Orang yang dulu malas tetapi sekarang bekerja keras pun saya tahu,” katanya.
No comments:
Post a Comment