Wednesday, December 6, 2017

Allah beri petunjuk mampu tawan Kelantan, kata Umno

 | December 6, 2017
Data pilihan raya 2008 dan 2013 menunjukkan BN meraih peningkatan kerusi 100% daripada 6 ke 12 kerusi negeri, kata pembahas Pemuda Umno Kelantan, Sheikh Razali Sheikh Hamad.
umno-kelantan 
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Kelantan percaya Umno mampu meneruskan trend menambah kemenangan kerusi negeri di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata pembahas Sheikh Razali Sheikh Hamad.
Beliau percaya Umno Kelantan kali ini mampu memperolehi 24 kerusi negeri, meningkat daripada 6 kerusi pada PRU12 (2008) dan 12 kerusi pada PRU13 (2013), kerana Tuhan berikan petunjuk parti pembangkang termasuk PAS dalam keadaan bercelaru.

“Insya-Allah, apabila sampai Pilihan Raya Umum ke-14, kita akan gandakan lagi usaha untuk jadikan Kelantan sebagai milik Barisan Nasional (BN) dengan 24 kerusi.

“Kelantan akan jadi milik BN,” katanya sewaktu menjadi jurucakap ketika perbahasan Pergerakan Pemuda Umno 2017, di Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Tahun ini genap 27 tahun Pas memerintah Kelantan sejak 1990. Umno Kelantan baru-baru ini berkata sentimen anti-Mahathir di Kelantan antara faktor mengapa BN gagal menawan negeri itu selama hampir 3 dekad.

Sheikh Razali berkata petunjuk memberangsangkan daripada data pilihan raya 2008 dan 2013 menunjukkan BN mampu menambah 100% kerusi pada PRU nanti.
“Kita gunalah apa cara sekalipun, kita memerlukannya,” katanya.
FMT

1 comment:

  1. Pas byk sandiwara. Skrng yg nampak cuma PH vs BN

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete