Wednesday, December 6, 2017

Azwan Ali: Eh 'go to hell', Sheila Majid

Malaysiakini 06/12/17
Selebriti kontroversi Azwan Ali menyelar tindakan penyanyi terkemuka negara, Datuk Sheila Majid yang membangkitkan keluhan berkaitan kos sara hidup rakyat.
Azwan berkata beliau sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan ratu Jazz negara kerana menurutnya Sheila merupakan artis yang beliau segani dan hormat

“Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam).
“Saya rasa dia zaman sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral,” katanya sewaktu ditemui di Perhimpunan Agung Umno kali ke-71 2017, di PWTC, hari ini.



Penyanyi popular Sheila Majis menarik perhatian warga Internet apabila beliau mengeluh kos hidup yang tinggi dan nilai ringgit yang lemah di Twitter.

Pendirian tegas penyanyi Sinaran itu kini menjadi tular di Internet. Ia dilihat sebagai tamparan hebat kepada Umno kerana dibuat menjelang perhimpunan agung Umno di ibu negara yang bermula hari ini.
 Kenyataan itu muncul selepas rakan artis Fathia Latiff membela bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdepan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara pada 90-an yang tidak memihaknya.

Bercakap kepada Malaysiakini dan sebuah lagi portal atas talian, Azwan berkata, kenyataan Sheila itu seolah-olah membunuh diri sendiri memandangkan Sheila mendapat banyak keuntungan dari kerajaan BN.

“Dia sebagai seorang berpengaruh, seorang diva harus menggunakan sedikit common sense dengan situasi tidak perlu beremosi. Bila orang hormati dia, dia buat kenyataan sedemikian, ia membunuh diri.

“Ia (kenyataan Sheila) tidak akan jejaskan BN. Najib tidak perlu artis sangkak untuk menang pilihan raya. Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak,” kata Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA.

Zahid AF beri komen umum
Sementara itu, juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 37, pula ketika dihubungi hanya mahu memberikan ulasan umum.


“Saya akui kos sara hidup hari ini tinggi tetapi ini sebenarnya membuatkan kita akan lebih berusaha.

“Maksudnya untuk hidup yang lebih selesa dan tak sepatutnya kita kecam, komen atau beri pendapat negatif di laman sosial Facebook.
“Saya tidak berpihak kepada mana-mana tapi sebagai rakyat Malaysia sudah tentu kadang-kadang mereka ada suara untuk sesuatu perkara.
“Tetapi sepatutnya kena lebih terbuka dan jangan hanya sasar kepada satu-satu pihak saja disebabkan apa yang kita rasa,” kata Zahid kepada Malaysiakini

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment