Atas pelbagai sebab, jarang kita melihat selebriti tanah air bersuara
dalam isu politik, terutama dengan suara yang mengkritik kerajaan.
Namun pelakon Fathia Latiff nampaknya menjadi pengecualian dalam perkara itu.
Dia sekali lagi mengkritik kerajaan, kali ini berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (forex).
RCI itu antara lain mencadangkan agar perdana menteri ketika skandal itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat.
Fathia mempersoalkan sama ada langkah itu adalah sesuatu yang "bijak".
Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Mahathir) berkhidmat pada negara baru nak dakwa? Inilah dinamakan 'bijak'?" soal Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, di Twitter hari ini.

Orang yang berfikiran merdeka tidak akan gentar dengan sekatan. Semakin banyak sekatan semakin membara semangat perjuangan.
ReplyDelete