Tuesday, December 19, 2017

Gesa selesai permasalahan di sekolah secara muafakat

Sinar Harian
Gesa selesai permasalahan di sekolah secara muafakat
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon menandatangi plak perasmian Majlis Penutup Kempen Membanteras Jenayah untuk Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Mun Yee hari ini. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR – "Kementerian Pendidikan berharap segala permasalahan yang timbul di sekolah khususnya antara guru dan pelajar dapat  diselesaikan secara muafakat dan tidak dibawa ke mahkamah," kata Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata, sebarang permasalahan boleh diselesaikan menerusi jawatankuasa permuafakatan di sekolah yang berfungsi sebagai platform perbincangan.

"Melalui jawatankuasa ini, kedua-dua pihak iaitu ibu bapa pelajar dan guru yang terlibat akan dipanggil untuk berbincang secara aman.
"Guru pun manusia biasa, kita tak boleh pastikan 'temper’ dia. Namun jangan jadikan isu sekolah diheret ke mahkamah, kerana ia tidak akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kempen Membanteras Jenayah Untuk Sekolah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes seorang guru sekolah rendah (Cikgu Azizan) di Nilai, Negeri Sembilan yang akan dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan mengenakan tindakan disiplin tegas terhadap seorang muridnya.
 Sin Woon turut mengingatkan warga pendidik bahawa sebarang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap  pelajar perlu mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan kementerian tersebut.

Mengenai  Kempen Membanteras Jenayah Untuk Sekolah yang dilancarkan Mei lepas, beliau berkata ia berjaya dilaksanakan di 100 sekolah rendah di seluruh negara menerusi sumbangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi oleh Gamma Solution Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Gamma Solution Sdn Bhd Wan Yat Hon berkata pemasangan  CCTV di sekitar pintu masuk sekolah dan kawasan menurunkan dan mengambil pelajar itu, melibatkan peruntukan lebihi RM1 juta.

“CCTV itu diharap akan dapat membantu membanteras  jenayah kerana semua aktiviti termasuk pengesanan muka dan nombor plat kenderaan akan dirakam dengan jelas selain membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di sekolah,” katanya.

Antara sekolah yang terlibat dalam kempen itu di ibu negara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Sentul, SJKC Lee Rubber, Sekolah Kebangsaan (SK) Segambut dan SK Taman Kosas.  – Bernama

2 comments:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete
  2. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete