Wednesday, December 6, 2017

Habis semua jasa Mahathir orang tak nampak - Fathia

Malaysiakini 06/12/17
Pelakon sensasi Fathia Latiff sekali mengeluarkan kenyataan panas mempertahankan pemimpin kesayangannya iaitu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi Instagram, Fathia meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang melupakan jasa-jasa Mahathir yang disifatkan bagai kacang lupakan kulit.

"Bila kita di atas, orang sanjung kita macam nak rak, tapi bila kita sudah tua atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka cakap, kata kita ni nyanyuk, gila, tak dak akai (akal), itulah dinamakan kacang lupakan kulit.
"Habis! Habis semua jasa dia (Mahathir) orang tak nampak, apa usaha beliau selama ni macam kena lempar tepi jalan," katanya.

Fathia, atau nama sebenarnya Nur Fathia Latif, mengingatkan bahawa pemimpin negara itu pernah menaburkan jasanya kepada rakyat di negara ini.
"Sanggup keluarkan beliau dari sejarah negara dan kata macam-macam seolah- olah beliau takdak perasaan.

"Seharusnya kita kena ingat dan bersyukur, orang yang hebat ini, pada satu ketika dulu, pernah berjaya menjulang darjat negara kita setinggi-tingginya dan tak perlulah kita pertikaikan lagi (jasa Mahathir)," katanya.
Justeru Fathia meminta semua pihak melihat bakti dan sumbangan bekas perdana menteri itu dengan menggunakan 'mata hati'.

"Cuba kenang, ingat dan bersyukur banyak banyak kerana masih ada manusia yang sanggup pertahankan kita dan masih mampu bertahan, bukan untuk kepentingan diri sahaja, tetapi untuk kita semua," katanya lagi.
Baru-baru ini, pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor memuat naik status menerusi laman Facebooknya dengan menasihatkan golongan seni agar tidak menjadi alat kepada parti pembangkang.

Meskipun tidak menyebut nama artis berkenaan secara langsung, Rizal dipercayai merujuk kepada kenyataan dikeluarkan Fathia sebelum itu.
Ini dilakukan selepas Fathia mengkritik kerajaan berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal urusniaga tukaran wang asing (forex) pada 1990an.

RCI itu antara lain mencadangkan agar Mahathir yang menjadi perdana menteri ketika itu disiasat

No comments:

Post a Comment