Sunday, December 17, 2017

Jangan pelik jika kerusi kurang tapi PAS jadi PM

Malaysiakini 17/12/17

Yakin kepada pimpinan parti dan tidak ada yang mustahil boleh berlaku kepada PAS, kata salah seorang naib presiden parti itu.
Kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ialah sikap istiqamah semua penyokong PAS.

Menurutnya mereka tidak boleh terpengaruh dengan segala hasutan yang mahu merosakan parti itu, termasuk daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dengan 'formula' itulah Mohd Amar berkata, tidak mustahil jawatan perdana menteri negara ini diisi oleh orang PAS dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.

"Pilihan raya akan datang, PAS mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau perdana menteri adalah PAS.
"Jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Timbalan menteri besar Kelantan itu dipetik akhbar terbabit semasa berceramah di Pengkalan Kubor malam kelmarin.
Zahir saja nampak ke belakang
Banyak pihak menjangkakan PAS adalah parti yang akan terjejas paling teruk pada PRU ke-14 nanti berikutan sikap mereka ketika ini.

Mempromosikan budaya politik matang dan sejahtera, PAS dilihat bersendirian berdepan dengan dua seteru iaitu Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BN.
Pada masa sama sikap lunak sebahagian pemimpin PAS terhadap BN - terutama Umno - juga boleh memberi keuntungan kepada parti terbabit. Misalnya mencapai matlamat mereka menjadi king maker (kuasa penentu) selepas PRU akan datang.

Mandat kerajaan hari ini berakhir pada Jun 2018 dan PRU mesti diadakan selepas itu. Bagaimanapun lazimnya parlimen akan dibubarkan lebih awal untuk membolehkan PRU ke-14 dijalankan.

Tidak seperti di kebanyakan negara demokrasi, tarikh PRU di Malaysia sentiasa menjadi rahsia dan hanya akan diumumkan pada saat-saat akhir, membolehkan kerajaan memiliki kelebihan berbanding pembangkang.

Mohd Amar berkata pada zahirnya memang pendekatan diambil PAS kelihatan "mengundur" bagi sesetengah pihak.
Namun katanya dengan agenda Islam yang dibawa parti itu mampu melahirkan kejayaan dengan kehendak Allah dan di luar jangkaan manusia.

Beliau mengambil contoh perkembangan politik Kelantan pada 1990 apabila PAS - ketika itu bersama Parti Melayu Semangat 46 - menyapu bersih kerusi 30 Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun hanya mendapat dua kerusi pada 1978.

"Pada tahun 1978 orang yang menjatuhkan PAS ialah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi beliau juga yang menjatuhkan Umno pada 1990.
"Siapa boleh fikir? Banyak benda pelik berlaku dalam PAS dan di luar pemikiran manusia," katanya.

Keadaan sama, kata Mohd Amar berlaku di Johor apabila parti itu menambah kerusi dalam DUN walaupun hanya mendapat satu kerusi pada 2004 melalui kesilapan teknikal BN.

"Yang penting dalam perjuangan jangan berhenti, jangan rasa lelah dan kecewa,.
"Boleh jadi hari ini tidak menang, tetapi lusa menang, tak menang lagi, mungkin zaman anak cucu, tetapi (yakinlah) Islam itu akan menangkan parti," katanya.

9 comments:

  1. Kenapa la sampai jadi begini Nik ooiii...... simpanlah sikit sifat kurang cerdik tu untuk anak-anak cucu sama.... setidak-tidaknya janganlah sampai memalukan keluarga sendiri dengan kenyataan-kenyataan setaraf Hassan Malik, Ahmad Maslan. Memanglah segala yang berlaku adalah ketetapan Allah. Tapi semua yang kita harapkan perlulah berpaksikan kepada realiti dan juga kemampuan. Contohnya awak ada kencing manis yang kronik tapi bercita-cita mahu tambah isteri sehingga cukup quota seramai empat.... Pada hakikatnya BERANGAN-ANGAN saja untuk berbini empat sudah dilihat sebagai TIDAK BERKEMAMPUAN sebab KONTOLnya sudah layu dek kencing manis yang kuat.

    Begitu juga halnya dengan PAS yang mungkin hanya dapat 4-5 kerusi saja dalam PRU 14 nanti mahu memasang angan-angan untuk Haji Hadi menjadi Perdana Menteri....

    hello Nik Nik...bangun....-bangun....hari dah siang ni....ada orang kat luar tu tengah nunggu nak mohon konsesi balak.....

    ReplyDelete
  2. Jenis bangsa bodo tak boleh di ajar....cerdik jgn sekali di ikut...terjung lubang taik dengan umno jawab nyo...

    ReplyDelete
  3. Tak habis2 duk kencing pentaksub pas.... bila la nak insaf ni

    ReplyDelete
  4. ba alif gang...betul nik amar... memang ketetapan Allah kita kena percaya...tp usaha takde ketetapan di war2kan pada walaun2...usahanya guna air liur je

    ReplyDelete
  5. Jgn pergunakan islam utk menang pru wahai ahli pas sekalian. Aku x heran kalau mereka ini terlebih dahulu masuk neraka dr umat islam yg lain.

    ReplyDelete
  6. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete
  7. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete