Friday, December 15, 2017

Nur Jazlan ‘baru nak matang’, kata Dr Mahathir

 | December 15, 2017
Bekas perdana menteri itu membalas dakwaan Nur Jazlan yang tindakan memulangkan pingat kepada istana bukan budaya Melayu.
mahathir-nur-jazlanPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir hari ini membalas kritikan Datuk Nur Jazlan Mohamed terhadap keputusan memulangkan balik pingat kepada istana Selangor, sambil menggelar timbalan menteri dalam negeri itu sebagai “budak kecil”.

“Itu adalah apa yang dia fikirkan. Dia hanyalah budak kecil, dia baru nak matang. Dia boleh buat tafsiran dia,” kata pengerusi PPBM itu kepada wartawan di ibu pejabat parti.

Nur Jazlan sebelum ini berkata tindakan Dr Mahathir memulangkan pingat kepada istana Selangor susulan kritikan keras Sultan Selangor terhadapnya boleh dilihat sebagai menghina dan di luar budaya Melayu.
Nur Jazlan merupakan anak kepada Tan Sri Mohamed Rahmat, yang pernah memegang jawatan kabinet di samping menjadi setiausaha agung ketika pentadbiran Dr Mahathir.

Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali minggu lepas masing-masing memulangkan 2 pingat yang pernah dianugerahkan kepada mereka.
Bekas perdana menteri itu berkata ia kerana beliau menganggap dirinya tidak lagi layak menyimpannya, susulan kritikan keras Sultan Selangor yang membidasnya ancaman kepada negara

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete