Hanya 17% atau 479,067 peminjam disenarai hitam daripada membuat perjalanan ke luar negara sehingga kini.
KUALA LUMPUR: Hanya 2 peminjam daripada 2.8 juta peminjam Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diisytiharkan muflis oleh
institusi itu sejak penubuhannya pada 1997, kata Pengerusi PTPTN Datuk
Dr Shamsul Anuar Nasarah.
“Perisytiharan muflis terpaksa dibuat setelah peminjam tidak dapat
mematuhi keputusan mahkamah yang ditetapkan,” kata Shamsul Anuar, yang
juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno.
Beliau berkata fakta itu sendirinya menangkis dakwaan sesetengah
pihak terutamanya pembangkang yang menuduh PTPTN sebagai institusi zalim
kerana kononnya sering memufliskan peminjamnya.
“Berbanding dengan institusi kewangan lain yang memberi pinjaman
pelajaran, PTPTN adalah institusi paling fleksibel, paling longgar dan
paling ringan untuk berunding,” katanya di Pejabat Biro Kebajikan Umno
hari ini.
Mengenai peminjam PTPTN yang disenaraikan dalam Sistem Maklumat
Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), beliau berkata ia adalah polisi biasa
diamalkan mana-mana institusi kewangan negara ini.
Hairan dengan suara sumbang dan kurang berpuas hati apabila PTPTN
mengambil tindakan tersebut walaupun ia turut dilakukan institusi lain,
Shamsul Anuar berkata : “Mereka (pembangkang) melihat isu PTPTN topik
utama dalam kalangan rakyat dan mereka mahu menggunakan isu ini untuk
menarik perhatian generasi muda yang merupakan majoriti peminjam kita.”
“Cara dan trend pembangkang melihat PTPTN ketika ini sedikit berubah,
pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli
menggunakan PTPTN untuk menyerang kerajaan, kononnya kalau mereka menang
PTPTN akan dimansuhkan, namun sekarang dia pula mahu PTPTN kekal namun
perlu ubah beberapa dasar,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai isu sekatan imigresen, Shamsul Anuar berkata
perkara itu bukanlah baru malah ia selaras dengan Seksyen 22A, Akta
PTPTN 1997 (Akta 566) yang membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam.
Bagaimanapun, katanya, hanya 17% atau 479,067 peminjam disenarai hitam daripada membuat perjalanan ke luar negara sehingga kini.
“PTPTN berpandangan mereka yang ke luar negara adalah mereka yang
mampu membuat bayaran balik. Buktinya sejumlah RM1.54 bilion dikutip
PTPTN daripada mereka yang membuat bayaran balik selepas nama mereka
disenarai hitam, ” katanya dan menambah jumlah itu mampu menampung
64,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.
FMT
Buat jela... rakyat terima seadanya.. Charge tinggi2 lagi rakyat suka..
ReplyDelete