Thursday, December 14, 2017

'Siapa cakap Selangor bukan negeri saya?'

'Siapa cakap Selangor bukan negeri saya?'
Jamal Md Yunos. –Foto Sinar Online
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, dirinya 'benar-benar' anak Selangor.
Justeru tegasnya, beliau berhak 'menghalau' Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Selangor yang baginya bukan anak jati negeri termaju di Malaysia itu.

"Siapa cakap bukan negeri saya? Saya dilahirkan di Selangor saya bertanggungjawab di atas kerosakan di Selangor.
"Saya sebahagian negeri Selangor, Tun M tidak dilahirkan di Selangor...Saya IC  nombor 10...hidup mati saya di Selangor jadi sesiapa yang tidak menghormati Sultan Selangor boleh belah berambus daripada Selangor," katanya kepada pemberita selepas sidang medianya di ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mahathir yang sebelum ini menegaskan , Jamal tidak mempunyai hak untuk mendesak beliau keluar dari Selangor selepas memulangkan semula pingat kebesaran kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khamis lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ini bukan negeri Jamal yang punya]
Sebelum ini, Jamal menasihati Mahathir supaya tidak menjadi bertindak kebudak-budakan dengan memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor selepas ditegur Sultan Sharafuddin.
Jamal berkata, sebagai perdana menteri selama 22 tahun, Mahathir sepatutnya cukup berpengalaman dan cukup dewasa mengambil teguran tersebut dengan terbuka.
Justeru, beliau mencabar Mahathir berhijrah ke negeri lain dan tidak lagi menetap di Selangor.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete