Pengaruh PAS dan BN kelihatan hampir setanding di 2 daripada 3 kawasan DUN di bawah Parlimen Gombak.
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
malam tadi mengumumkan beliau sedia melepaskan kerusi Parlimen Gombak
yang dipegangnya sejak 2 penggal lepas kepada calon perdana menteri
Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya bersedia memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di
Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh PKR. Mari membingkai
muafakat demi rakyat,” tweet Azmin di Twitter.
Kerusi Gombak antara kerusi yang mempunyai jumlah penyokong PAS dan
BN yang ramai. Dua daripada 3 DUN di bawah Parlimen itu dimenangi PAS
sejak 2 penggal lalu.
Azmin memenangi Parlimen Gombak sejak 2008. Beliau menumbangkan Datuk
Said Anuar Said Ahmad dari Barisan Nasional pada PRU12 dengan majoriti
6,867 undi, dan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan
majoriti undi merosot kepada 4,734 undi.
Pengaruh PAS dan BN kelihatan hampir setanding di DUN Gombak Setia
dan DUN Hulu Kelang. Wakil rakyat PAS, Hasbullah Mohd Ridzwan,
mempertahankan kerusi Gombak Setia dengan majoriti 1,681 undi, manakala
wakil rakyat Amanah, Saari Sungib, mempertahankan kerusi Hulu Kelang
dengan majoriti 2,811 undi.
Wakil rakyat PKR, Amirudin Shari mempertahankan kerusi DUN Batu Caves dengan majoriti 3,261 undi.
Nasib calon-calon Pakatan Harapan, termasuk Azmin, di Parlimen Gombak
dan DUN di bawahnya menjadi persoalan selepas PAS sebulat suara
memutuskan kerjasama politik dengan PKR April tahun lepas.
Sekiranya perseteruan antara PAS dan PH berterusan sehingga hari
pengundian, PRU14 mungkin menyaksikan pertandingan 3 penjuru di 4
kawasan tersebut, lantas memberikan kelebihan kepada BN.
PH sebelum ini sudah menetapkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi
Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan
Amanah 27 kerusi.
Azmin ni banyak akai..... sebenarnya dia bimbang untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan keluarnya PAS dari gabungan pembangkang. Ini bermakna Azmin akan kehilangan penyokong beliau di kalangan PAS....silap-silap pertandingan tiga penjuru boleh memenangkan UMNO/BN. Kerana itu beliau mempelawa TDM mengambil kerusi berkenaan dan dia sendiri dapat lari ke kawasan yang lebih selamat....heh he...
ReplyDelete