Friday, January 19, 2018

Mukhriz nafi karier politiknya tidak cemerlang

 Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan cadangan peguam bahawa kariernya sebagai ahli politik tidak cemerlang.

Menjawab soalan peguam dalam perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan Mukhriz terhadap  bekas Naib Pengerusi Dap Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Mukhriz berkata, sudah menjadi adat sebagai ahli politik, ada ketikanya mendapat sokongan namun ada juga yang memihak kepada seseorang.
"Ada turun naik....saya tidak rasa kerjaya politik saya dalam Umno tidak cemerlang kerana adat pertandingan ada menang ada kalah,” katanya.

Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam, Kedah juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Seri Jahabardeen Mohd Yunoos bahawa reputasinya sebagai ahli politik terjejas berikutan pemecatannya dari Umno pada Julai 2016.
Malahan Mukhriz berkata, kekalahannya sewaktu bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada 2013 tidak boleh dianggap sebagai bukti bahawa beliau tidak mendapat sokongan dari akar umbi.

Mukhriz berkata demikian ketika disoal balas Jahabardeen yang mewakili Tunku Abd Aziz pada perbicaraan saman hari kedua yang dikemukakan kerana mendakwa terdapat palatan sulit anta bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang kononnya beliau bakal diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya depan.

Mukhriz juga tidak bersetuju dengan cadangan Jahaberdeen bahawa kenyataan media yang dibuat oleh anggota politik itu bagi menafikan tuduhan defendan (Abd Aziz) merupakan gimik semata-mata.

Hakim Datuk Nordin Hassan hari ini juga menetapkan tarikh 27 Februari untuk sambung perbicaraan di mana Tun Dr Mahathir Mohamad akan tampil memberi keterangan di mahkamah.

Dalam pada itu sebelum selesai memberi keterangan, Mukhriz diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media membabitkan prosiding kes saman itu.
Ianya susulan pada awal prosiding,  Seri Jahaberdeen memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mukhriz ada membuat kenyataan kepada pihak media selepas memberi keterangan dalam perbicaraan kes samannya pada 11 Januari lepas.

Dalam saman yang difailkan pada 2 Februari tahun lepas Mukhriz mendakwa kenyataan yang dibuat Tunku Aziz pada 30 Disember lalu bertajuk "Memang wujud pakatan sulit antara Tun Mahathir  dan Kit Siang - Tunku Aziz' adalah fitnah dan diterbitkan secara meluas di pelbagai media, portal berita dan blog.

Defendan juga menerbitkan satu lagi kenyataan pada 3 Januari bertajuk 'Tunku Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah selepas notis tuntutan dikemukakan supaya defendan menarik semula kenyataannya

No comments:

Post a Comment