(Ubah saiz teks)
TEMERLOH - Pas tidak perlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) untuk menapis calon mereka yang akan bertanding pada PRU14 akan
datang.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis
Syura Ulama Pas mereka jauh lebih halus penelitiannya berbanding SPRM.
"SPRM hanya menapis dari sudut rasuah, Syura menapis dari segi syarak,
akhlaknya, amalan hariannya dan keluarganya. Jadi kita tidak perlu
serahkan kepada SPRM atau pihak-pihak lain," katanya.
Beliau dalam masa sama juga berkata, pada kali ini Pas akan
memperuntukkan beberapa kerusi untuk calon dari Dewan Himpunan Penyokong
Pas (DHPP).
"Saya fikir hampir setiap negeri ada peruntukan kerusi untuk DHPP
kecuali mungkin tidak ada pun di Kelantan dan Terengganu kerana
komposisi kaum di situ," katanya.
Dalam pada itu, beliau merakamkan tahniah kepada Pas Pahang dengan
penganjuran Himpunan Fastaqim 2.3 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di
sini, yang mengumpulkan kira-kira 20,000 jenteranya dari seluruh negeri
ini, semalam.
"Pas dan Gagasan Sejahtera telah bersedia menghadapi PRU14. Semua jentera sudah bersedia," katanya.
Apa giler ibu Karina ne..selalu send iklan bagang kat blog ne.. Bodoh betul
ReplyDelete