XUANWEI - CHINA . Seorang ayah tergamak membuang bayinya yang baru
dilahirkan ke dalam tong sampah hanya kerana mangsa berwarna ungu dan
disangka telah mati.
Kejadian 15 Januari lalu yang berjaya dirakam CCTV menunjukkan lelaki
tersebut membuang mangsa tidak lama selepas dilahirkan oleh teman
wanitanya yang bersalin sendiri.
Yunnan Daily melaporkan mangsa dibuang dua jam selepas dilahirkan dengan tali pusat masih belum dipotong.
Bagaimanapun, satu jam selepas itu, seorang warga emas menyedari
kehadiran mangsa di dalam tong sampah tersebut dan membawa mangsa pulang
ke rumah.
Penemuan bayi tersebut dilaporkan kepada polis, Isnin lalu.
Selanjutnya, bayi tersebut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan
disahkan dalam keadaan sihat sebelum dihantar ke jabatan kebajikan.
Ibu bapa bayi berkenaan sudah ditahan polis Selasa lalu dan sedang disiasat.
No comments:
Post a Comment