Saturday, January 20, 2018

Sejiwa jaga kenderaan jemaah solat Jumaat

Sejiwa jaga kenderaan jemaah solat Jumaat
Norlia (kiri) bersama dua lagi ahli Sejiwa dihadapan masjid.
(Ubah saiz teks)
YAN - Kewujudan ahli Skuad Elit Jiran Wanita (Sejiwa) yang menjaga keselamatan kenderaan Jemaah Masjid AlSultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kampung Sungai Limau Dalam setiap kali waktu solat jumaat membuatkan jemaah tidak lagi runsing memikirkan keselamatan kenderaan mereka.
Pengerusi Sejiwa Sungai Limau Dalam, Norlia Ismail, 57, berkata, dia dan dua lagi ahli Sejiwa sudahpun setahun menjalankan aktiviti menjaga keselamatan di masjid berkenaan.
<
Norlia (tengah) bersama dua lagi rakannya menjaga keselamatan motosikal jemaah ketika solat Jumaat.
"Idea untuk menjalankan aktiviti menjaga keselamatan ini wujud ekoran daripada kekerapan berlaku kes kecurian motosikal," katanya.
Katanya, selepas aktiviti menjaga keselamatan kenderaan itu dijalankan kes kecurian kenderaan seperti motosikal sudah tidak berlaku.
"Alhamdulilah, kami dapat sifarkan kes kecurian motosikal setiap kali waktu Jumaat," katanya ketika ditemui di Masjid AlSultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kampung Sungai Limau Dalam, hari ini.

Menurut Norlia, yang juga merupakan ibu tunggal, mereka mula menjalankan operasi menjaga keselamatan bermula jam 1 petang sehingga selesai solat jumaat.
Norlia bersama dua lagi rakannya menjaga keselamatan motosikal di kawasan masjid.
"Kami akan pastikan semua jemaah pulang barulah kami akan tinggalkan kawasan masjid dan sepanjang solat jumaat berlangsung kami akan meronda di sekitar kawasan masjid," katanya.

Katanya, pernah ketika mula menjalankan aktiviti menjaga keselamatan ini, terdapat juga pihak yang memandang sinis kepada mereka.
"Biasalah mula-mula sementara orang nak faham tujuan kita bila dah faham depa sendiri lagi suka kita ada kat sini," katanya.

No comments:

Post a Comment