Tuesday, February 13, 2018

30,000 bantah persempadanan semula di Selangor

 | February 13, 2018
Bersih 2.0 dan PH menyerahkan bantahan terhadap syor persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu kepada SPR.
wan-azizah-ph-pakatan-harapan-1
Presiden PH, Wan Azizah Wan Ismail (duduk, dua dari kiri) bergambar dengan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah (duduk, dua dari kanan) dan pemimpin PH lain.
PETALING JAYA: Lebih 30,000 tandatangan membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Secara keseluruhan, 200 bantahan dibuat terhadap cara persempadanan semula dijalankan di Selangor. Satu bantahan memerlukan minimum 100 tandatangan.

Bersih 2.0 and Pakatan Harapan (PH) ketika menyerahkan bantahan itu, menggesa SPR tidak tergesa-gesa melaksanakan persempadanan semula itu, sebaliknya perlu berhati-hati supaya ia adil.
Esok ialah hari terakhir menyerahkan bantahan kepada SPR berhubung persempadanan semula di Selangor.

Bercakap kepada media di sini, Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata bantahan itu dikumpul dengan bantuan PH dan Bersih.
“Bantahan ini mewakili suara rakyat Selangor yang berharap SPR bertindak lebih profesional dan adil, tanpa memihak mana-mana parti politik.
“Bantahan itu juga dibuat bagi menjamin hak pengundi Selangor,” katanya.
muhyiddin-yassin-pkns-1
Timbalan Presiden PH, Muhyiddin Yassin menyerahkan tandatangan membantah persempadanan semula di Selangor.
Presiden PKR itu berkata, SPR harus mendengar bantahan pengundi.
“Kami berharap SPR mengambil kira bantahan ini bagi memastikan keadilan di semua kerusi DUN dan Parlimen. Jumlah pengundi yang tidak seimbang adalah ketara di Selangor, contohnya N01 Sabak mempunyai 15,033 pengundi, manakala N29 Seri Serdang mempunyai 74,563 pengundi.

“Dalam cadangan ke-2, kerusi Parlimen seperti Gombak, Ampang, Pandan, Kuala Selangor dan Tanjong Karang paling terjejas dan kami harap SPR mengambil kira bantahan ini, khasnya pengundi kawasan berkenaan.”

Sementara itu, wakil rakyat PKR di Sri Andalas, Xavier Jeyakumar menggesa SPR tidak tergesa-gesa menjalankan proses itu hanya kerana tarikh akhir sudah ditetapkan.
“Lebih penting mengkaji bantahan dan mendengar apa yang mereka ingin katakan sebelum membuat keputusan,” kata pengarah pilihan raya PH Selangor.
hannah-yeoh-pkns-1
Adun Subang Jaya daripada DAP, Hannah Yeoh menunjukkan bantahan pengundi di kawasannya.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang bersetuju dengan Jeyakumar berkata SPR tidak perlu tergesa-gesa melakukan proses itu.

“Tarikh akhir sebenarnya ialah Oktober, jadi kami tidak faham mengapa mereka tergesa-gesa melakukan persempadanan semula. Adakah ia dilakukan demi pilihan raya? Saya tidak pasti mengapa SPR tergesa-gesa.
“Tahun lepas, inkuiri tersebut dijalankan semasa Krismas, sesuatu yang tidak adil.”

Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika bantahan itu mempunyai merit, SPR patut menerima cadangan mereka, bukannya mengambil tindakan yang akan merugikan pengundi Selangor.

“Saya minta SPR mengambil masa meneliti setiap bantahan.
“Ini mengenai hak rakyat, keadilan, demokrasi dan apa yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Inkuiri awam ke-2 akan diadakan selepas pameran awam syor kajian semula persempadanan di Selangor yang dikemas kini, berakhir esok.

No comments:

Post a Comment