Friday, February 16, 2018

Anak belasah ibu sampai mati

Anak belasah ibu sampai mati
Imej pegun video menunjukkan suspek membelasah mangsa yang juga ibunya sendiri.
NEW DELHI - Seorang anak tergamak mencekik dan menghempas ibunya yang berusia 82 tahun ke lantai dalam satu kejadian yang menggemparkan India, baru-baru ini.

Polis berkata, insiden menyayat itu berlaku di Alwar, Rajashtan.
Suspek dikenali sebagai Jogendra Choudhary, 50, seorang guru di sebuah sekolah tempatan.

"Kejadian itu sempat dirakam cucu wanita terbabit. Dia mahu mendedahkan perangai sebenar pakciknya yang sering mendera mangsa sejak enam bulan lalu," kata jurucakap polis Alwar.
Jogendra melarikan diri dan bersembunyi selepas rakaman video tersebut tular di media sosial.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat terhadap Jogendra dan polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 386 dan 506 Kanun Prosedur Jenayah India (IPC). - Times of India

No comments:

Post a Comment