Monday, February 12, 2018

Baiah hingga cerai isteri jika tinggalkan parti tidak wajar

Pas
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Baiah sehingga menceraikan isteri sekiranya suaminya meninggalkan partinya tidak wajar dilakukan.
Penganalisis politik, Datuk Dr Ismail Sualman berkata, tindakan meletakkan klausa tersebut di dalam sesebuah baiah dilihat bertentangan dengan Islam.

“Kita tidak mahu isteri menjadi mangsa kerana permainan politik suami. Sekiranya isteri keluar Pas, adakah suaminya perlu (melafazkan) talak.
“Jadi, kita nampak ketidakadilan apabila (baiah sebegini) hanya dikenakan kepada ahli politik lelaki Pas, dan tidak kepada ahli politik perempuannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, baiah ini dilihat merendahkan wanita, menjadikan golongan itu sebagai mangsa politik suami.

Oleh itu, beliau bersetuju dengan tindakan Pas yang mempertimbangkan untuk menggugurkan klausa tersebut daripada baiah berkenaan.
“Baiah itu perlu kerana ia mengikat kesetiaan kepimpinan parti supaya tidak menyeleweng daripada perjuangan parti setelah mendapat kepercayaan ahli parti dalam sesebuah pilihan raya umum

“Saya tidak setuju baiah sehingga seseorang ahli politik itu mesti menceraikan isterinya. Apa pun alasan atau keadaan, parti tidak sepatutnya meletakkan syarat sebegitu,” ujarnya

No comments:

Post a Comment