Wanita berusia 29 tahun itu ditahan bersama bayi
lelakinya yang masih menyusun badan di sebuah hotel bajet di Chow Kit
awal pagi tadi.
KUALA
LUMPUR: Disebabkan ibunya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah,
seorang bayi lelaki berusia 4 bulan yang masih menyusu badan menjadi
mangsa apabila turut terpaksa bermalam di lokap.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Abd
Halim Mohd Hussin berkata wanita berusia 29 tahun itu yang ditahan dalam
serbuan di sebuah hotel bajet di Chow Kit pada 2.30 pagi tadi, antara
112 individu ditahan dalam Operasi Perdana AADK di sekitar ibu negara
sejak Khamis lalu.
Bercakap kepada wartawan selepas operasi tersebut hari ini, beliau
berkata, 3 lagi rakan wanita yang berada dalam bilik sama turut ditahan
dan disahkan positif Methamphetamine.
Halim berkata, wanita berkenaan dan bayinya akan ditempatkan di pusat pemulihan bagi memastikan masa depan bayi itu terjamin.
Dalam operasi itu, Halim berkata, pihaknya menyasarkan 10 kawasan
tumpuan di ibu kota yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah seperti
di perumahan awam dan hotel bajet.
Katanya, sewaan bilik serendah RM35 semalam antara faktor penagih
memilih hotel bajet sebagai “port” untuk memuaskan ketagihan mereka.
No comments:
Post a Comment