Malaysiakini 10/2/18
Tentera Israel berkata jet F-16 berkenaan terhempas ketika misi menyerang kawasan pemasangan drone Iran di Syria, kawasan yang menjadi lokasi tentera Iran dan sekutunya mendirikan tapak utama ketika berjuang untuk memberi sokongan presiden Bashar al-Assad.
Israel berkata pihaknya telah menghantar jet pejuang ke Syria selepas menembak jatuh sebuah drone milik Iran yang terbang di kawasan udara Israel hari ini. Menurut Israel, kapal perangnya diserang di Syria, meski masih tidak dapat dipastikan punca jet berkenaan terhempas.
"Dua belas sasaran, termasuk tiga kubu penyimpanan senjata pertahanan udara dan empat sasaran Iran yang merupakan sebahagian fasiliti ketenteraan Iran di Syria diserang," kata satu kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel.
"Ketika serangan itu, peluru berpandu antipesawat dilepaskan terhadap Israel, menyebabkan siren kecemasan berbunyi yang dapat didengar di utara Israel," kata kenyataan itu lagi.
Sementara media Syria melaporkan dua serangai berasingan tentera Israel.
Dalam serangan pertama, sumber tentera berkatapertahanan udara Syria melepaskan tembakan sebagai membalas tindakan "pencerobohan" tentera Israel terhadap markas tentera, yang mengenai "lebih daripada sebuah kapal."
Kemudian, media Syria melaporkan pertahanan udara mereka turut membalas serangan terbaru Israel dan pertahanan udara berjaya menggagalkan serangan ke atas posisi ketenteraan di selatan Syria.
Tindakan Iran meluaskan pengaruh ketika perang di Syria berlanjutan tujuh tahun, termasuk meletakkan tentera berhampiran sempadan Golan, menyebabkan Israel meningkatkan pengawasan serta memberi amaran akan bertindak terhadap sebarang ancaman daripada wilayah musuh di Tehran.
Pertempuran terbaru itu menandakan pertembungan baru yang lebih bahaya antara kuasa antarabangsa yang terlibat di Syria.
Tentera Iran dan sekutunya, termasuk Hezbollah, telah menghantar dan memberi sokongan terhadap Assad. Ketua angkatan tentera Iran memberi amaran kepada Israel Oktober lalu agar tidak menceroboh ruang udara dan wilayah Syria
No comments:
Post a Comment