(Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan
dakwaan bahawa bekalan ubatan di farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah
(HSNZ) terputus disebabkan tiada peruntukan sebagaimana tular di media
sosial.
Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata, keadaan itu berlaku disebabkan masalah bekalan ubatan yang dibuat menerusi sistem e-perolehan yang diperkenalkan Kementerian Kewangan yang diguna pakai di semua jabatan bermula Januari lalu tidak dapat digunakan sementara waktu.
Menurutnya, disebabkan masalah itu, proses pembelian ubat-ubatan tidak dapat dilakukan melalui sistem itu secara lancar, menyebabkan stok beberapa ubatan tertentu berada ditahap minimum.
"Sebenarnya, masalah kekurangan ubat ini bukan berpunca kerana kekurangan peruntukan seperti didakwa, tetapi lebih kepada masalah untuk mendapatkan bekalan, yang mana patut dibuat melalui sistem e-perolehan.
"Sistem ini diguna pakai oleh semua jabatan dan di dapati terdapat sedikit permasalahan bermula Januari lalu menyebabkan kita terpaksa menggunakan sistem secara manual di samping satu lagi sistem (1Gfmas) yang turut bermasalah," katanya.
Sungguh pun begitu, katanya, pihaknya berjaya membuat perolehan secara manual dan cuba menampung ubatan yang ada di hospital serta meminta pembekal membekalkan ubat pada kadar segera.
Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Mohammad berkata, beliau difahamkan kini Kementerian Kewangan masih berusaha membaik pulih sistem yang diguna pakai oleh semua jabatan dan kementerian kerajaan bagi setiap proses perolehan atau pembelian itu.
"Memandangkan sistem sedang dibaik pulih oleh kementerian terlibat, kita dapati hanya segelintir ubat tertentu sahaja yang mengalami masalah stok.
"Bagaimanapun, pihak hospital mengambil inisiatif berkongsi bekalan ubat dengan hospital lain dan klinik atau meminta doktor menukarkan ubat dengan ubat lain yang sama fungsi," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohammad meminta orang ramai bersabar dengan keadaan itu sementara menunggu sistem e-perolehan dibaik pulih.
"Kita faham ada sesetengah pesakit tidak setuju dengan langkah yang diambil tetapi kita minta supaya mereka bersabar sementara bekalan ubatan daripada pembekal dan sistem e-perolehan dapat dipulihkan.
"Ïni adalah perkara di luar bidang hospital, klinik atau jabatan, jadi kita minta orang ramai bersabar serta tidak membuat tuduhan liar tanpa mendapatkan penjelasan sepatutnya," katanya.
Mohammad berkata, pihaknya yakin bekalan ubatan dapat dipulihkan dalam kadar segera, malah pihaknya telah mengarahkan HSNZ memantau dan memeriksa bekalan dengan pembekal pada setiap hari.
"Kita tak janji bila masalah ini akan selesai selagi sistem ini tidak siap dibaik pulih. Cuma kita minta orang ramai supaya tidak salah faham dan menularkan perkara yang tidak benar dan bercanggah dengan keadaan sebenar yang berlaku.
"Isu ini juga dilihat sudah dipolitikkan dan kita tidak mahu perkara tidak benar ini menjadi bualan dan timbul salah faham kerana semua pihak sedang berusaha mengatasi permasalahan ini termasuk di peringkat kerajaan negeri," katanya.
Terdahulu, isu mengenai pesakit terpaksa menunggu lama di kaunter farmasi menjadi tular di media sosial ‘facebook’ malah ada yang mengatakan perkara itu berlaku disebabkan tiada peruntukan bagi mendapatkan bekalan ubat.

SinarHarian
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete