KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengisytiharkan sokongan
kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkata bekas ketuanya itu dicerca
oleh kerajaan sekarang.
“Beliau sudah berubah dan komited terhadap agenda reformasi,” kata
Anwar kepada pemberita selepas menghadiri prosiding mahkamah berkenaan
tuntutannya terhadap kerajaan yang didawa mendapatkan pensabitan kes
liwatnya menerusi penipuan.
Anwar yang berkhidmat sebagai menteri kewangan dan timbalan perdana
menteri sebelum dipecat Dr Mahathir pada 1998, berkata, tidak adil
membandingkan Dr Mahathir dengan presiden Zimbabwe yang digulingkan
tahun lepas, Robert Mugabe.
Katanya, Dr Mahathir bersedia membuat penyesuaian selepas menyertai pembangkang.
“Kerajaan juga sudah cukup memfitnahnya,” katanya.
Bulan lepas, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM dan Pakatan
Harapan, dinamakan sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang.
Pengumuman itu tidak diterima baik sesetengah pemimpin PKR yang bimbang agenda reformasi dikorbankan.
Sebelum itu di mahkamah, Anwar merayu kepada Hakim Datuk Nik Hasmat
Nik Mohamad untuk mendengar merit tuntutannya terhadap kerajaan yang
didakwa mendapatkan pensabitan kes beliau meliwat Mohd Saiful Bukhari
Azlan menerusi cara penipuan.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan meliwat
Saiful, bekas pembantunya. Beliau bakal akan dibebaskan 8 Jun ini.
Anwar berkata peguamnya sudah memeriksa tuntutan itu secara terperinci dan percaya ada isu yang perlu dibicarakan.
“Saluran apakah yang saya ada untuk mencari keadilan jika mahkamah
tidak mahu mendengar tuntutan itu?” soalnya selepas Nik Hasmat
mengundangnya untuk memberi sepatah dua kata kepada mahkamah selepas
peguam yang mewakilinya dan kerajaan menghabiskan penghujahan mereka.
Anwar berkata tuntutannya harus didengar kerana terdapat bukti baharu untuk dikemukakan kepada mahkamah.
“Sejumlah wang yang besar ada bertukar tangan,” katanya, merujuk
kepada satu lagi tuntutan difailkan olehnya yang mendakwa RM9.5 juta
dibayar kepada peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai
pihak pendakwaan dalam kes liwatnya.
Kerajaan sedang cuba membatalkan tuntutan itu kerana ia tidak
mendedahkan kausa tindakan yang wajar, bahawa beliau menamakan pihak
yang salah dan tindakannya menghampiri hasutan
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete